Anugerah Ahmad Sarji Abdul Hamid

Pada tahun 1999 beliau dianugerah sebagai Pengarah Terbaik 1999 dari Institut Pengarah-Pengarah Malaysia.

Pada 1999 juga beliau dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah kerana jasa-jasanya dalam pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia. Beliau telah menyusun semula pentadbiran dan struktur Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri dan mewujudkan Perkhidmatan Bersama Pegawai Hal Ehwal Islam dan Perkhidmatan Gunasama Kehakiman Syarie.

Beberapa universiti telah memberi iajazah kehormat kepada beliau seperti Ijazah Kehormat Kedoktoran Sains (Pengurusan) oleh Universiti Utara Malaysia; Kedoktoran dalam Pengurusan Perniagaan dari Universiti Nottingham-Trent; Doktor Persuratan dari Universiti Malaysia Sarawak; dan Kedoktoran Pengurusan dari Universiti Islam Antarabangsa. [2]

Beliau terpilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang oleh UMNO sempena ulangtahun UMNO ke-62 di PWTC pada 11 Mei 2008. Anugerah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.[3]